Name: Wiwianah Nathalie Ethelbert Raffey (2nd Pitas)
Nama saya ialah Wiwianah Nathalie Ethelbert Raffey. Prebet dari Kompeni Kedua Pitas. Saya berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Pitas. Di sepanjang pandemik KOVID-19 ini, kami tetap mendorong antara satu sama lain melalui WhatsApp walaupun tidak dapat melibatkan diri dalam perjumpaan secara bersemuka. Selama ini, aktivitiaktiviti seperti kuiz Alkitab, kawad kaki dan sukan lasak telah melatih saya untuk mendisiplinkan diri dan menepati masa.
Saya sangat bersyukur dapat menjadi ahli Briged Putera kerana dapat mengisi masa lapang secara berfaedah. Saya juga dapat mengenal lebih ramai orang daripada pelbagai kaum sekaligus mendapat lebih ramai kawan baharu.
